Thursday 14 April 2011

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Salam.. selamat petang semua.. ni aku copy dari email yang aku dapat.. sekadar untuk berkongsi ngan korang suma..


Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah. Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita
yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....


"Uncle sebelah buat apa tu Abah?" Dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia" Jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik..... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban ... "dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara
mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita. Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia" Sekiranya jawaban ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.  Sekadar mengamalkan "sampai dan
menyampaikan" .  Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik..... 

Jika sekiranya ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat" Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain  

Wednesday 13 April 2011

huhuhuu...

Hai Semua.. Salam 1 Malaysia.. apa kaba semua.. da lama rasanya aku x menulis kat blog ni.. al maklumla.. bzz sket kebelakangan ni.. bzz ngan keje.. skang ni opis aku tgh sebok uruskan tawaran saham baru utk staff yang berkelayakan.. so bzz sket laa.. lagi lagi bila dpt officer yang 'hyper' aktif sket.. asyik nak report.. pas tu push kita suh buat keje tu cepat cepat...eii tertekan laa.. pas tu lak aku bzz ngan mesyuarat agung UMNO cawangan aku n kene jaga meeting utk cawangan lain.. hehehe.. tu laa da lama x menulis..mm apa lagi nak tulis ek ..rasa da x de.. cau cin cau dulu laa.. bila ader idea nnt aku tulis lagi ek.. sajer menyinggah ke blog sbb da lama x check blog.. hahahaa..